Gotong Royong - Proposal Paper and Committee Updates

View previous topic View next topic Go down

CADANGAN AKTIVITI GOTONG ROYONG & PENANAMAN POKOK BERSAMA PERSATUAN PENDUDUK TSAH

Post by Nash on Wed Feb 11, 2009 10:12 am

From: faizal [mailto:faizal@alphachemika.com]
Sent: Wednesday, February 11, 2009 9:53 AM
To: 'norain@mpaj.gov.my'
Cc: 'Shamsul Azhar'; 'sarodin@mpaj.gov.my'
Subject: CADANGAN AKTIVITI GOTONG ROYONG & PENANAMAN POKOK BERSAMA PERSATUAN PENDUDUK TSAH
Importance: High



Puan,



Assalamualaikum w.b.t.



Dengan segala hormatnya perbualan telefon antara saya dan tuan pada pagi ini adalah dirujuk.



Sukacita dimaklumkan bahawa dalam masa terdekat ini, Persatuan Penduduk Taman Sri Angsana Hilir ingin menganjurkan sessi Gotong Royong dan Penanaman Pokok-pokok bagi mengindahkan dan mencerna suasana bersih, ceria dan persekitaran yang nyaman di kawasan perumahan kami.



Untuk makluman tuan, wabak denggi amat berleluasa di kawasan perumahan kami. Hampir setiap bulan, terdapat warga Taman Sri Angsana Hilir yang dimasukkan ke hospital sama ada di sebabkan wabak denggi ataupun jangkitan virus. Keadaan ini amat membimbangkan kami dan persatuan penduduk telah sebulat suara berpendapat bahawa satu tindakan drastik perlu diambil untuk membenteras wabak denggi.



Justeru itu, jika dilihat dari segi persekitaran kami, dukacita dimaklumkan keadaannya amat tragis dan menyedihkan. Taman kami dikelilingi oleh kawasan longkang yang tidak teratur dan tersumbat dan membawa kepada bau yang kurang menyenangkan terutamanya selepas hujan lebat. Sementara itu, keadaan longkang di hadapan rumah penduduk juga TIDAK PERNAH dibersihkan dan bertakung. Ini merupakan salah satu punca wabak denggi berleluasa. Oleh itu, kami yakin, dengan adanya sessi gotong royong ini, ia secara langsung dapat membantu mengurangkan kes wabak denggi di kawasan perumahan kami.



Sementara itu, berhadapan dengan kawasan perumahan teres dua tingkat kami, terdapat kawasan kondominium terbengkalai dan kawasan tersebut diliputi dengan semak dan kotor. Justeru itu, untuk menjimatkan kos, kami amat berbesar hati, sekiranya semasa sessi gotong royong ini, pihak tuan boleh berkerjasama bersama dengan Encik Shamsul, dari Ler Lum HLB (No.H/P: 019- 256 6628), yakni liquidator untuk kawasan tersebut untuk berkerjasama dalam aktiviti gotong royong ini.



Untuk makluman tuan, semalam kami telah mengadakan sessi perbincangan dengan TNB berkenaan kawasan rentis yang terbiar dan dipenuhi dengan semak. Pada dasarnya, TNB bersetuju untuk berkerjasama dengan kami untuk aktiviti gotong royong ini.



Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan kami agar pihak tuan, dapat membantu kami untuk menyediakan perkara-perkara berikut untuk sessi gotong royong:



Lori untuk sampah
Alatan-alatan gotong royong
Pekerja-pekerja am untuk membantu penduduk dalam sessi gotong royong
Khemah sebanyak 2 unit untuk menjadi markas gotong royong dan tempat berehat
kerusi dan meja
kaunter MPAJ untuk kemudahan penduduk berinteraksi bersama dengan MPAJ
Perkara lain yang berkaitan


Memandangkan kami perlu berkerjasama erat dengan jabatan tuan berkenaan perkara di atas, kami amat berbesar hati jika tuan dapat MENCADANGKAN TARIKH untuk aktivtiti gotong royong ini.



Sementara itu, untuk makluman tuan SEJAK KEBELAKANGAN INI, KAWASAN KAMI DPENUHI DENGAN TIKUS (RUPA BENTUK TIKUS INI BESAR BERSAMAAN DENGAN ANAK KUCING) dan ini amat menakut dan membimbangkan kami. Dengan ini, jika aktiviti gotong royong ini dapat dilaksankana secepat mungkin, kami yakin tikus-tikus ini juga boleh dimusnahkan demi kebersihan persekitaran.



Terakhir, adalah menjadi harapan kami agar AKTIVITI PENANAMAN POKOK dapat juga dianjurkan pada tarikh gotong royong ini untuk mengindahkan serta menghijaukan lagi kawasan persekitaran taman kami ini.





Kami berharap agar mendapat maklum balas dari tuan berkenaan cadangan kami ini dengan kadar segera dan sila hubungi saya secepat mungkin untuk perbincangan lanjut.



Kerjasama tuan amat kami hargai.



Sekian, terima kasih.



Yang benar,





Faizal bin Mohammad Arshad

Pengerusi

Persatuan Penduduk Taman Sri Angsana Hilir

No.H/P: 012- 699 0978

Email: faizal@alphachemika.com

Sila lawati blog kami di http://sriangsanahilir.forumotion.com





c.c Drs. Sarodin bin Hj.Shahri

Pengarah

Jabatan Belia dan Masyarakat MPAJ



Encik Shamsul Azhar

Ler Lum HLB
avatar
Nash

Posts : 148
Join date : 2008-07-15
Location : No 21, Jalan Hilir 5

View user profile

Back to top Go down

Re: Gotong Royong - Proposal Paper and Committee Updates

Post by Admin on Thu Feb 26, 2009 11:47 am

Dear All block reps,


I would like to seek all the block reps. Co-operation to promote our Gotong
royong events to all their fellow neighbours and residents.

Kindly also convey to residents that we are looking for sponsorship
especially for the beverages during the event. The contribution can be
either cash or food item. But food item preferable packing food since buffet
is not advisable.

I strongly believes, if all the block reps convey the message to all the
residents, we should be able to cater the beverage without further cost.


Regards

Faizal Mohammad Arshad

Admin
Admin

Posts : 52
Join date : 2008-07-15

View user profile http://sriangsanahilir.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Gotong Royong - Proposal Paper and Committee Updates

Post by Admin on Thu Feb 26, 2009 11:48 am

Cik Norain,



Assalamualaikum w.b.t.



Untuk makluman tuan, pada semalam, salah seorang ahli jawatankuasa kami telah pun pergi ke Jabatan Landskap Negara dan bertemu dengan Encik Mahathir Muhamed, Penolong Pengarah jabatan tersebut. Semasa lawatan tersebut, Pegawai berkenaan telah mencadangkan beberapa jenis pokok untuk ditanam di sekeliling taman semasa gotong royong tersebut.



Bersama-sama ini, kami lampirkan salinan pokok-pokok yang dimaksudkan tersebut dan kami memohon kerjasama tuan agar dapat merujuk perkara ini kepada tapak semaian pokok MPAJ untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pokok-pokok tersebut ( sama ada boleh diperolehi atau sebaliknya ).





Sekian, terima kasih dan harap maklum.





Yang benar,



Faizal Mohammad Arshad

Pengerusi

Persatuan Penduduk Taman Sri Angsana Hilir



s.k. Drs. Sarodin, Pengarah, Jabatan Belia dan Masyarakat, MPAJ

Encik Hasrolnizam, Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MPAJ

Admin
Admin

Posts : 52
Join date : 2008-07-15

View user profile http://sriangsanahilir.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Gotong Royong - Proposal Paper and Committee Updates

Post by Admin on Thu Feb 26, 2009 11:48 am

Hi All,

I just contacted Jabatan Landskap Negara, they most than willing to help us with our taman landscaping, however time is too short for them to assist us for 8th.



They are organizing a campaign now; read more here http://www.treesforlife.gov.my



A short brief on how they can help us in the future;



1. They can come and visit our taman

2. They can help us to identify ways and means to beautify our taman

3. They can assist in getting proper landscape plan

4. They will issue LO and PAY for some trees.



As for our 8th gotong royong, they will help us identify suitable tree for our kids playground and we hope MPAJ have those tree.. alternatively they will supply list us their nursery supplier where we can buy some of these trees ( cost about RM80 per big canopy tree at 3m high )



will update you guys more later..



regards

NASH

Admin
Admin

Posts : 52
Join date : 2008-07-15

View user profile http://sriangsanahilir.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Gotong Royong - Proposal Paper and Committee Updates

Post by Admin on Thu Feb 26, 2009 11:48 am

Dear all,

Today, i dapat call from Miss Dana Letchumya 38 hilir 6. She 's willing to
sponsor cups 500 pieces for the gotong royong. Will deliver to me on
saturday/sunday. I am so happy as i couldn't wait to share this with u all.
Happy with the support from the resident.....

Hopefully more residents to come forward to be together with the committee
untuk kebaikan TSAH..

Thank you

Nik Ninie

Admin
Admin

Posts : 52
Join date : 2008-07-15

View user profile http://sriangsanahilir.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Gotong Royong - Proposal Paper and Committee Updates

Post by Admin on Thu Feb 26, 2009 11:49 am

Dear Nik,

Great! Hopefully more residents will response..then please take note that YB
ISKANDAR confirm to attend the gotong royong and he will launched it and
Pejabat ADUN agreed to sponsor cash RM 1000.


Thanks All and kind regards,

Faizal

Admin
Admin

Posts : 52
Join date : 2008-07-15

View user profile http://sriangsanahilir.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Gotong Royong - Proposal Paper and Committee Updates

Post by Admin on Thu Feb 26, 2009 11:49 am

Hi All,
I just contacted Jabatan Landskap Negara, they most than willing to help us with our taman landscaping, however time is too short for them to assist us for 8th.

They are organizing a campaign now; read more here http://www.treesforlife.gov.my

A short brief on how they can help us in the future;

1. They can come and visit our taman
2. They can help us to identify ways and means to beautify our taman
3. They can assist in getting proper landscape plan
4. They will issue LO and PAY for some trees.

As for our 8th gotong royong, they will help us identify suitable tree for our kids playground and we hope MPAJ have those tree.. alternatively they will supply list us their nursery supplier where we can buy some of these trees ( cost about RM80 per big canopy tree at 3m high )

will update you guys more later..

regards
NASH

Admin
Admin

Posts : 52
Join date : 2008-07-15

View user profile http://sriangsanahilir.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Gotong Royong - Proposal Paper and Committee Updates

Post by Admin on Thu Feb 26, 2009 11:51 am

Dear all,

FYI, Puan yati Hse no 68, hilir 4 would like to sponsor 200 botol mineral botol. She cannot joint our gotong royong as that day anak dio ada sport day.

Roughly, we need another 400 bottles...kalau ada yang nak contribute lebih banyak lagi bagus.

Thank you

Nik Ninie

Admin
Admin

Posts : 52
Join date : 2008-07-15

View user profile http://sriangsanahilir.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Gotong Royong - Proposal Paper and Committee Updates

Post by Admin on Thu Feb 26, 2009 11:52 am

Dear all,

Propose to faizal, budget for gotong royong not less than RM 4000, base on : -

Morning Session :-

Nasi lemak + dua jenis kuih dan air kopi or teh.

Lunch :-

Nasi Ayam + mineral water

Tq

Nik Ninie

Admin
Admin

Posts : 52
Join date : 2008-07-15

View user profile http://sriangsanahilir.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Gotong Royong - Proposal Paper and Committee Updates

Post by Admin on Thu Feb 26, 2009 11:52 am

Circular number : TSAH 4-2009



RE: Program Gotong Royong & Menanam Pokok Di Taman Sri

Angsana Hilir!


Salam Hormat and Greetings to all fellow Residents of Taman Sri Angsana Hilir!


The TSAH Residents’ Association is happy and proud to inform you that we are organizing our very own Program Gotong Royong & Menanam Pokok in our effort to spruce up and beautify our beloved Taman.
Come out with your families and help make our Taman the best place to live in!
Don’t forget this date!


Date : 8 March 2009 (Sunday)

Time : 8.00 am to 2.00 pm


Breakfast and lunch will be served during the Gotong Royong.

ADUN Cempaka, Y.B. En Iskandar Samad will graciously officiate the Gotong Royong. Also present will be officers from MPAJ various department . This Program is supported by Bahagian Belia & Kemasyarakatan MPAJ, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan MPAJ, JKP Zon 16 and Pejabat ADUN Chempaka. Special thanks to Agensi Anti Dadah Kebangsaan which will organise an anti dadah exhibition during the event too!

There will be an estimated 6 contractors from MPAJ and Alam Flora to help us with the tree planting and the cleaning up. And to ensure that we are all fit and full of energy for the day, MPAJ will also organise Senamrobik with a skilled trainer. So, let us all join in and make this Gotong Royong a great success!!










We need YOUR SUPPORT to make this Gotong Royong a success! Let us work hand-in-hand to make our Taman a clean and pleasant environment for all of us to live in comfort. It’s an excellent opportunity for us to get to know each other better! We can help build a caring environment for our children to grow up in!

It would be great to have every one of you there on March 8 2009, working closely together and make this Gotong Royong a great success! We know we can count on your support!

You can help make this happen!




Thank you and warmest regards,




Faizal Mohammad Arshad

Chairman – TSAH Residents Association





















Surat Keliling: TSAH 4-2009


PER: Program Gotong-Royong & Menanam Pokok Di Taman Sri

Angsana Hilir!
Salam Hormat kepada semua warga penghuni Taman Sri Angsana Hilir!

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk TSAH, buat julung kalinya akan menganjurkan Program Gotong-Royong & Menanam Pokok . Objektif utamanya untuk mewujudkan prasarana bersih, hijau dan cantik di persekitaran taman kita terutamanya dalam usaha mencegah wabak denggi dan ancaman tikus di kawasan taman kita.

Datanglah beramai-ramai bersama keluarga anda menjayakan program ini dan bersama-sama kita merubah persekitaran taman kita menjadi ceria dan cantik!
Jangan lupa tarikh berikut!
Tarikh : 8 Mac 2009 (Ahad)

Masa: 8.00 pagi sehingga 2.00 petang

Sarapan pagi dan makanan tengah hari akan dihidangkan semasa Sesi Gotong-Royong.
ADUN Cempaka, Y.B. En. Iskandar Samad akan merasmikan Sesi Gotong-Royong ini. Program ini mendapat sokongan sepenuhnya dari Jabatan Belia & Masyarakat MPAJ, JKP Zon 16 dan Pejabat ADUN Chempaka. Terima kasih juga kita ucapkan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan yang sudi menganjurkan pameran anti dadah pada hari tersebut!

6 Kontraktor MPAJ dan Alam Flora akan menghulurkan bantuan untuk menanam pokok dan membersihkan Taman kita. Untuk memastikan anda penuh bertenaga sepanjang sesi tersebut, MPAJ juga akan mengadakan Senamrobik bersama seorang jurulatih yang berpengalaman. Jadi, marilah kita bersama-sama menjayakan Sesi Gotong-Royong ini.










SOKONGAN ANDA untuk menjayakan Sesi Gotong-Royong ini amatlah diperlukan! Marilah kita bekerjasama untuk menjadikan Taman kita ini tempat yang bersih dan selesa untuk didiami oleh semua. Inilah peluang untuk kita mengenali jiran-jiran di sekitar taman kita dan sama-sama kita mewujudkan suasana ceria di Taman Sri Angsana Hilir!

Hadirlah beramai-ramai pada 8hb Mar 2009!



JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT!


Terima kasih dan salam hormat,



Faizal Mohammad Arshad

Pengerusi – Persatuan Penduduk TSAH

Admin
Admin

Posts : 52
Join date : 2008-07-15

View user profile http://sriangsanahilir.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Gotong Royong - Proposal Paper and Committee Updates

Post by Admin on Thu Feb 26, 2009 11:54 am

Download the original attachment

Circular number : TSAH 3-2009




RE: Sesi Gotong Royong & Menanam Pokok Di Taman Sri Angsana Hilir!


Salam Hormat and Greetings to all fellow Residents of Taman Sri Angsana Hilir!
As you are aware, we will hold our Gotong Royong & Tree Planting session on

8 March 2009 (Sunday), from 8.00 am to 2.00 pm.

We are expecting approximately 500 people to be present during the Gotong Royong. These include our residents, contractors and MPAJ personnel. We will serve breakfast and lunch during the day as well ensuring sufficient drinks are available for everyone throughout this time.

We would like to seek your kind assistance for the preparation of the food and drinks for all the participants. We are planning to provide packed nasi lemak with coffee/tea for breakfast and packed nasi ayam for lunch.











However, this is a big undertaking for the Committee to bear alone. As such, we are in need of your kind assistance and contribution for the meals. We would like to make it more of a potluck – you can either contribute or sponsor the food items and mineral water or you could consider contributing some cash towards this part of the Gotong Royong. You may contribute any amount or any food item you wish. It will be most welcome.
Kindly contact Ms Ainah at 012 6080 822 or Puan Nik Hasnini at

012 233 4854 to discuss how we can best manage the food and beverage matters. We would appreciate it if you could call them before 28 February 2009 (Saturday).

Your kind and generous assistance is much appreciated by the Committee. Together, we can make this one of the best event for our beloved Taman.


Thank you and warmest regards,




Faizal Mohammad Arshad

Chairman – TSAH Residents Association

Admin
Admin

Posts : 52
Join date : 2008-07-15

View user profile http://sriangsanahilir.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Gotong Royong - Proposal Paper and Committee Updates

Post by Nash on Thu Feb 26, 2009 5:51 pm

Dear fellow residents
please refer to dedicated website for real time update of the gotong royong project.

http://gotongroyongtsah.wordpress.com

thanks
avatar
Nash

Posts : 148
Join date : 2008-07-15
Location : No 21, Jalan Hilir 5

View user profile

Back to top Go down

Re: Gotong Royong - Proposal Paper and Committee Updates

Post by Nash on Tue Mar 10, 2009 5:43 pm

News on our gotong royong in the Star Metro page 3 yesterday.

This one on Sin Chiew

avatar
Nash

Posts : 148
Join date : 2008-07-15
Location : No 21, Jalan Hilir 5

View user profile

Back to top Go down

Re: Gotong Royong - Proposal Paper and Committee Updates

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum